Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab
dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali
sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama
penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil
menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak
dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah
(sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.
Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah
berguru pada Barmaki Vizier iaitu
semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.Sumbangan
terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal
kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah
diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya
berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.
Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan
cara eksperimen didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum
bagi perkembangan ilmu kimia moden.Jabir banyak mengabdikan dirinya
dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai
kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencu-rahkan daya upayanya
pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap
pelbagai mekanisme tindak balas kimia.Jadi, beliau mengembangkan ilmu
kimia sebagai cabang ilmu alkimia.Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang
tepat daripada bahan kimia saling berhubungan dengan wujudnya tindak
balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa
Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap.
Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu
kimia termasuk juga dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik,
seperti pada proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran
logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan
serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan
eksperimen itu.Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau
ialah penemuan bahan mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan
pertama kali dalam penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya
terhadap alembik membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah dan
sistematik.
Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang
kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik,
sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik
ini diketahui umum tidak ada duanya didunia.Oleh sebab itulah, mengapa
Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan
sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff,
disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia
di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir
Ibnu Haiyan.Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa
bidang pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga
dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat,
tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca,
bahan pengering pakaian, dan penyamakan kulit.
Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan
anti air pada pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu,
beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan
aqua regia.Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk
mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam,
bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga
bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
- Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.
- Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
- Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam
bidang ilmu kimia - termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan
Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan
Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama
Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition
of Alchemy.
Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari
Cremona. Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang
antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances,
dan Book of Eastern Mercury.
Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris,
iaitu Richard Russel mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan
judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah
yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang
memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah.
Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah
selama beberapa abad lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang
cukup besar kepada evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama
kali ditemukan oleh Jabir.
Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya
sedikit sahaja yang telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap
kekal dalam bahasa Arab.