Pendahuluan
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan
USJ 12 telah mengadakan Minggu Panitia bermula pada 20-24 Januari 2014. Aktiviti
ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan sepanjang minggu tersebut yang melibatkan semua murid Islam
dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.
Objektif
Objektif diadakan Minggu Panitia adalah
untuk :
1.1 Melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang
Pendidikan Islam.
1.2 Menjadikan Pendidikan
Islam sebagai wadah ilmu dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
1.3 Memupuk
minat murid agar menyintai agama Islam.
1.4 Membantu
murid celik Jawi melalui aktiviti yang dianjurkan.
Tema / Tajuk : “Wasatiyyah
Tonggak Kesatuan Ummah”
Peserta / Sasaran : Semua guru dan murid Islam Sek. Keb. USJ 12