Pendahuluan
Sekolah Kebangsaan
USJ 12 telah mengadakan program pemantapan dan pengukuhan Perkara Asas Fardhu
Ain (PAFA) bagi tahun 2014 bersamaan 1435H. Program ini merupakan salah satu
daripada program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan
USJ 12. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai
kesemua perkara yang berkaitan dengan Fardhu Ain di sekolah rendah. Selain itu,
program ini juga mampu untuk menjadi wadah untuk menilai dan membantu
meningkatkan penghayatan murid berkaitan dengan perkara-perkara asas Fardhu Ain.
Objektif
Objektif program
ini diadakan adalah untuk :
1.1 Mengenal pasti
murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan Fardhu Ain.
1.2 Membimbing
murid sehingga mereka faham dan dapat mengamalkan Fardhu Ain dengan betul dan
sempurna.
1.3 Memastikan
tidak terdapat sebarang keciciran murid dalam menguasai Fardhu Ain.
Tema / Tajuk : “Fardhu
Ain Benteng Pemantapan Diri”