“ Wahai orang-orang yang
beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan
minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari
terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
-
Wajib
-
Sunat
-
Makruh
-
Haram
Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah,puasa nazar.
Puasa Sunat :
-
Puasa dalam bulan Sya’ban
-
Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
-
Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
-
Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
-
Puasa pada hari Isnin & Khamis
-
Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
-
Puasa satu hari berbuka satu hari
-
Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
-
Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :
-
a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
-
b) Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :
-
Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
-
Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
-
Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
-
Puasa perempuan haid & Nifas
-
Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :-
Syarat-syarat wajib
-
Syarat-syarat sah
Syarat wajib
-
Islam
-
baligh
-
berakal
-
berupaya(sihat)
-
bermukim
Syarat Sah
-
Islam
-
Berakal
-
Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
-
Niat
Rukun Puasa
-
Niat
-
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahariFaedah Puasa
-
Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
-
Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
-
Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
-
Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
-
Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
-
Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
-
Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
-
Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
-
Makan Sahur serta melambatkannya
-
Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
-
Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
-
Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
-
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
-
Membaca Al-Quran
-
Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
-
Berbekam
-
Mengeluarkan darah
-
Berkucup
-
Merasa makanan
-
Bersugi selepas gelincir matahari
-
Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
-
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
-
Makan dan minum sepanjang hari
-
Muntah dengan sengaja
-
Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
-
Keluar darah haid & nifas
-
Gila
-
Pitam atau mabuk sepanjang hari
-
Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
-
Musafir
-
Sakit
-
Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
-
Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
-
Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
-
Allah merahmati orang yang mengimaninya
-
Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
-
Iblis dipenjarakan
- Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
-
Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
-
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan
yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka
berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang
tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan
dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan
jiwa.
-
Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk
menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana
seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta
memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa
hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
-
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
- Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
Doa Ketika Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan
denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas
kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuranFirman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang
diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara
kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari
yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan
orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan
puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-
Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan
Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan
dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari
raya.
-
Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan
tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib
qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
-
Membebaskan seorang hamba yang beriman
-
Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
-
Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan
makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan
asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang
diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara
kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang
lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa)
maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih
dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan
(walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
- Tidak mampu melakukan ibadah puasa
-
Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
-
Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika
berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh
mengurangkan air susu
- Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.