Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin
Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1
Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang
pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan
menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,
pemerintah Tunis pada waktu itu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat
pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith,
perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara
gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd
Allah Muhammad bin Abd al-Salam.Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang
agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau
bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan
pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya
agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam
karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.
Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan
falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama
(cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness.Berhubung dengan
keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan
merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila
keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan
musnah.Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai
merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang
diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya
secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu
juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan
Islam.
Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah
hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling
tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang
dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta
cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada
kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera.
Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk
ketidakadilan dilarang oleh Islam.
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori
ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada
prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi
utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai
manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan
ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.Dalam hal ini, Ibn
Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya
manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki
dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan
perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara
penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan
kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap
buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun
faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk
menghasilkan matlamat akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras
harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini
beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap
bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan
pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini
dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan
tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun
lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori
nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value).
Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan
bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses
pengeluaran."Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan
untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi
manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh,
kata Ibn Khaldun.
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada
tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai.
Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab
itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor
pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun,
nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang
terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan
asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri
ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam
pasaran.Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh
oleh peniaga antara harga