1.
PENDAHULUAN
Rasulullah S.A.W pernah bersabda mengenai keutamaan memberi makan
orang yang sedang berpuasa untuk berbuka yang bermaksud: “Para malaikat memohon
rahmat pada malam-malam ramadhan ke atas orang yang memberi makan untuk orang
yang berbuka puasa daripada sumber yang halal, kemudian pada malam lailatul
Qadar, Jibril a.s berjabat tangan dengannya”.
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak
pahala dan ganjaran dengan mengerjakan pelbagai amal ibadah di dalam bulan
ramadhan. Maka Program Ihya’ Ramadhan dirancang dan disusun ke arah matlamat
tersebut.
Majlis Berbuka Puasa adalam merupakan salah satu aktiviti di dalam
Program Ihya’ Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang dan disusun bagi
menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang
berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat
demikian.
2.
RASIONAL
PROGRAM
Diriwayatkan
Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda: “Apabila salah seorang
diantara kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada maka
berbukalah dengan air, karena sesungguhnya air itu dapat membersihkan”, H.R Abu Daud (2355) dan Tirmidzi (695)
3.
OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang
ingin beramal jariah di bulan Ramadhan
al-Mubarak.
3.2 Meraikan guru-guru, staf dan AJK PIBG serta ahli keluarga
mereka yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa.
3.3 Mengeratkan silaturrahim sesama warga sekolah iaitu dari
kalangan guru, staf dan AJK PIBG serta ahli keluarga masing-masing.
4. TEMA
“Ramadhan Bulan Berkat,
Taqwa Kita Pertingkat”.
5.
KUMPULAN
SASARAN
5.1 Warga SK USJ 12 serta keluarga
5.2 AJK PIBG serta keluarga.
6. PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan SK USJ 12
serta seluruh warga sekolah.