Latar Belakang Musolla Ibnu Sina


SK USJ 12 merupakan sekolah gred B kategori Bandar yang mempunyai enrolmen kira-kira 1070 orang murid dan 70 orang guru serta kakitangan sokongan. Sekolah ini mempunyai sebuah surau untuk berfungsi sebagai tempat beribadah, melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum, majlis bacaan Yaasin dan pelbagai berbentuk keagamaan yang lain. Surau ini juga digunakan sebagai tempat melaksanakan Kem Bestari Solat di kelolakan oleh J-Qaf dan Tasmik.
 
Musolla Ibnu Sina telah diwujudkan semenjak terbinanya sekolah SK USJ 12  pada tahun 2001 dan terletak di tingkat satu bangunan Blok Kreatif. Musolla ini dilengkapi dengan PA System dan TV LCD bagi membolehkan murid-murid mendengar dan melihat semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran berlasung. Selain itu, Musolla Ibnu Sina mampu menampung kira-kira 60 orang Jemaah (murid) pada setiap kali bersolat berjamaah.
 
Musolla Ibnu Sina dikendalikan oleh Jawatankuasa Musolla Ibn Sina yang terdiri daripada Panitia Agama Islam yang  diketuai oleh Pn Che Mezlah selaku Ketua Panitia, Cik Suhaily bt Saad selaku Setiausaha dan dibantu oleh lapan orang AJK guru. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam urusan pelan, rekabentuk serta berusaha mendapatkan dana yang secukupnya untuk menampung kos pengubahsuaian dengan kerjasama serta sokongan daripada pihak sekolah dan pihak luar. Pemilihan nama Musolla Ibnu Sina dibuat oleh jawatankuasa berkenaan dengan harapan agar Musolla ini dapat meningkatkan prestasi dan martabat Musolla Ibnu Sina supaya ceria dan menarik untuk di imarahkan serta meluaskan konsep pengimarahan musolla sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pembentukan sahsiah. Tambahan lagi, Musolla Ibnu Sina dapat melahirkan bakal imam dan bilal sebagai pelapis untuk generasi  akan datang.