photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Tuesday 27 May 2014

PROGRAM GEMILANG JAWI 1


 NAMA PROGRAM
Program Gemilang Jawi 1



      KONSEP
Program Gemilang Jawi 1 merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah tertentu dalam menguasai kemahiran asas jawi (mengenal, membaca dan menulis). Perlaksanaan program ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka boleh belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

      RASIONAL
Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka ketinggalan dalam menguasai kemahiran Jawi. Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan melalui program-program atau kelas-kelas pemulihan supaya masalah ini dapat diatasi. Matlamat Program Gemilang Jawi  dijalankan  adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid yang lemah penguasaan kemahiran asas Jawi supaya dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

      OBJEKTIF
1)    Membantu murid-murid mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung.
2)    Membantu murid-murid mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
3)    Membantu murid-murid membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
4)    Membantu murid-murid mengenal dan menggunakan tanda baca.
5)    Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan.

 KUMPULAN SASARAN
Semua murid yang lemah penguasaan asas Jawi  dari Tahun 1 sehingga Tahun 6

 ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam & Unit j-QAF

7    TARIKH PELAKSANAAN
26 Mei 2014

8    HARI
Isnin

      MASA
Waktu PdP Pendidikan Islam.
     
      TEMPAT
Bilik j-QAF Sekolah Kebangsaan USJ 12

Gambar Tahun 1









Gambar Tahun 2







 

 Gambar Tahun 3














Gambar Tahun 4, 5 dan 6










 

 

Tuesday 20 May 2014

KEM BESTARI SOLAT 2



1.0         PENDAHULUAN

Kem Bestari Solat 2 (KBS) adalah kesinambungan dari  KBS pertama.Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu tentang solat kepada semua murid islam di sekolah ini.Kesedaran tentang solat perlu di pupuk dan disemai di dalam diri murid agar mereka dapat melaksanakan ibadat solat tanpa sebarang suruhan dan paksaan.
Model ini mewajibkan murid supaya mengikuti kem yang akan mendedahkan murid kepada cara-cara untuk menunaikan solat bermula daripada kesempurnaan mengambil wuduk sehinggalah solat dapat dilaksanakan dengan betul dan sempurna.

2.0         OBJEKTIF
2.1         Murid dapat melaksanakan wudhuk dengan sempurna.
2.2         Murid dapat mengetahui cara-cara manunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
2.3         Murid dapat melafaz niat solat berjamaah dengan betul dan lancar.
2.4         Murid dapat melafaz bacaan tahiyyat awal dan akhir dengan betul dan lancar.
2.5         Murid dapat melafazkan bacaan azan dan iqamah dengan betul.
2.6         Murid dapat menyatakan syarat wajib dan sah solat.

3.0         TEMA
As Solah Menuju  Al Falah

4.0         KUMPULAN SASAR









Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 yang beragama Islam.

Monday 19 May 2014

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ



Pendahuluan
             
Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program Isra’ Mikraj 2014 M bersamaan 1435 H. Program ini merupakan salah satu daripada program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada  murid-murid tentang Isra’ Mikraj Rasulullah s.a.w serta pengajaran dari peristiwa tersebut. Program ini dilaksanakan secara dalaman oleh guru SK USJ 12 .


Objektif

Objektif program ini diadakan adalah untuk :
1.    Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah Taala.
2.    Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.
3.    Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan Rejab.
4.      Menghidupkan bulan Rejab  dengan melebihkan amalan-amalan sunat.    

Tema / Tajuk  :           “Iman Benteng Pemantapan Diri”

Pesarta / Sasaran      :           Murid Islam tahun 4, 5,6 Sek. Keb. USJ 12