1. PENDAHULUAN
Majlis
Khatam Al-Qur’an merupakan salah satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam
SK USJ 12. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan
memberi kesedaran tentang hari kebesaran Islam. Di samping itu dapat melahirkan
insan mukmin dan mukminah yang sejati . Seterusnya program ini juga bertujuan
untuk mendidik semua umat islam bermula dari peringkat rendah atau kanak-kanak
supaya sentiasa mencintai Al-Qur’an dengan cara membaca, memahami ayat dan
tafsir serta melaksanakan segala tuntutan yang terkandung di dalamnya.
2. Objektif
Objektif
program ini diadakan:
2.1
Memupuk
sifat yang mulia di kalangan murid.
2.2
Melahirkan
murid yang peka mengenai hari kebesaran
Islam.
2.3
Melahirkan
murid yang beriman,bertaqwa dan beramal.
3. TEMA / TAJUK :
“ AL-QUR’AN TONGGAK WASSATIYYAH UMMAH ”
4.
PERLAKSANAAN
:
4.1 Tarikh
: 18
Julai 2014
4.2 Masa
: 8.00 - 11.00 pagi
4.3 Tempat : Dewan
Gemilang, SK USJ 12
5. PESERTA
/ SASARAN :
5.1 Murid Islam SK USJ 12
5.2 Guru-guru SK USJ 12