Monday, 17 March 2014

KEM BESTARI SOLAT 1



MATLAMAT
Kem Bestari Solat (KBS) adala aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Model Bestari Solat yang terdapat dalam program j-QAF ini menekankan supaya murid dapat menunaikan solat seawal usia 7 tahun, adalah satu langkah yang amat bijak dan selari dengan mafhum hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ajarilah anak kamu ketika ia berusia tujuh tahun….”.
    
     Model  ini mewajibkan murid supaya mengikuti kem yang akan mendedahkan murid kepada cara-cara untuk menunaikan solat bermula daripada kesempurnaan mengambil wuduk sehinggalah solat dapat dilaksanakan dengan betul dan sempurna.


OBJEKTIF                 

1. Murid dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna. 
2. Murid dapat menghafaz lafaz niat solat dan bacaan-bacaan dalam solat. 
3. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat tertentu.
4. Murid dapat melaksanakan semua perlakuan serta bacaan dalam solat   dengan betul   dan lancar. 
5. Murid dapat melakukan solat dengan sempurna sama ada secara   bersendirian atau   berjamaah.


TARIKH PELAKSANAAN 
            KBS 1 : 15 Mac 2014

TEMPAT
 SK USJ 12

SASARAN
             Semua murid Islam SK USJ 12

PERSONALIA
            Semua Guru Islam SK USJ 12