1)Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.
Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat
berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi,
jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau
hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih
memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
Allah berfirman, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada
Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya
dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah
bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya
Allah Pengawas atas kamu.”
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud
katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak
muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah
berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan
memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka
hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa
Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan
keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan
syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah
seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau
perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan
sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah
dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.
Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
- Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
- Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
- Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
- Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
2)Hikmah Perkahwinan
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.
Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
- Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
- Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
- Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
- Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
- Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
- Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
- Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
- Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
- Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
3) Hukum-Hukum Perkahwinan
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-
- Perkahwinan yang wajib. Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
- Perkahwinan yang sunat Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
- Perkahwinan yang haram Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
- Perkahwinan yang makruh Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
Rukun Nikah
- Calon isteri. (perempuan)
- Calon suami. (lelaki)
- Wali.
- Dua orang saksi.
- Akad ijab dan qabul.
Syarat-Syarat Calon Isteri
- Bukan mahram dengan bakal suami.
- Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
- Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
- Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
- Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.
Syarat-Syarat Caalon Suami
- Bukan mahram dengan bakal isteri.
- Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
- Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
- Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
- Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
- Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
- Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.Firman Allah:
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW :
- Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :
- Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
- Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
- Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.
Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.
(Surah Al-Maidah : Ayat 51)
Ertinya : Tidak harus perempuan
mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya
sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri
adalah penzina.
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)
Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.
Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.
(Riwayat Muslim)
4) Syarat- Ijab Dan Qabul
a.Syarat-syarat ijab :
- Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
- Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.
- Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
- Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.
- b.Syarat-syarat Qabul :
- Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
- Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
- Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
- Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
- Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
- Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
- Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.
5) Syarat-Syarat Saksi
- Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
- Lelaki
- Berakal
- Baligh
- Merdeka
- Adil (tidak fasiq).
- Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
- Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
- Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
- Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
- Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.
6) Susunan Wali
- Bapa
- Datuk sebelah bapa hingga ke atas
- Saudara seibu sebapa
- Saudara sebapa
- Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
- Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
- Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
- Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
- Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
- Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
- Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi. Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.
- Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :
Ertinya :
Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali. - Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali. Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
- Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.
- Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.
- Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.
- Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).
- Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
- Wali bersembunyi.
- Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.
- Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
- Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.
7) Wali Hakim
- Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :
8) WALI MUJBIR
Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)
Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan
perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat
keizinan.- Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
- Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
- Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
- Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
- Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.
- Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
- Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
- Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Perempuan Yang Haram Dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :
- Haram buat selama-lamanya.
- Haram buat sementara waktu.
- Haram dengan sebab keturunan
- Haram dengan sebab susuan
- Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).
- Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
- Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
- Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
- Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
- Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
- Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
- Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.
Ertinya : Diharamkan ke atas kamu
mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak
saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara
dari saudara perempuan kamu.
(Surah An-Nisa : ayat 23)
Perhatian :Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :
Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.
Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.
Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.
3) Haram Dengan Sebab PEnyusuan
- Ibu yang menyusukan.
- Saudara perempuan yang sepersusuan. Firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan.
Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
- Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
- Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
- Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :
- Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan
dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.(Riwayat : At-Tarmidzi)Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.
(Riwayat Al-Dar Qatni)
Ertinya : Adalah pada ayat yang
diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi
mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.
(al-Hadith)
- Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
- Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
- Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
- Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri
kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu
setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu
mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri
anak kamu yang sejati.
(Surah An-Nisa:ayat 23
Dan firman Allah :
Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).
(Surah An-Nisa : ayat 22)
- Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.
- Anak saudara isteri sebelah bapa.
- Anak saudara isteri sebelah ibu.
- Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
- Anak saudara isteri dari saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak boleh dikahwini
seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan
tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan
saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun
dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara
sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang
besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.
(Riwayat At-Tarmidzi)
Maskawin
1)Pengertian Maskawin(Al-Mahar)Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.Sebagaimana firman Allah:
Ertinya :Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:
Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh
dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan
berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang
bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki
yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu
Rasulullah bertanya kepada lelaki itu"adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.
Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu
rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk
mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai
menjatuhkan taraf wanita.2)Bahagian Mahar
- Mahar Misil Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
- Mahar Musamma Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
1. Sunat
Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
2. Wajib
Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :
1. 1. Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2. 2. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
3. 3. Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).
4) WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad, Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :
1. Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri. Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang. Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.
2. Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3. Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf isteri tersebut.
5) GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :
Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.
Hal ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.
6) MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :
Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W. telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)
7) AL-MUT’AAH
Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah:
Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.
(Al-Ahzab : ayat 49)
Bab : WALIMATUL URUS
1) HUKUM MENGADAKANNYAHukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN
Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3) SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG
1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3. Yang dijemput itu juga beragama Islam.
4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.