Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf
dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan
ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan
seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".
Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang
dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau
telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai
berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif
dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli
fikir Islam yang terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu
mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah
tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup
pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik
sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru
tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang
dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke
bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli
sufi yang terkenal disana
Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak
menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi
pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul
Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar
hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang
kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul
Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu
Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84
buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm
al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran
Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan
Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan
Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis
mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli
falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai
seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini
berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak
mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali
menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah
dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu,
pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui
oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh
menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis
dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap
skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian
proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah
bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap
sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang
dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan
didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami
falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali
kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku
Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk
menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan
fizikal. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu
pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan
etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala
pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak
menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut
sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya.
Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan
hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut
Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini,
tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan
pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak
menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu
pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam
dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan
menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran
ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja
bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira
aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat
Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang
utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa
yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan
kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta
bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa
Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang
mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak
sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli
falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli
falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan,
kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada
Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu
sendiri.