Saturday, 26 July 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

1.         PENDAHULUAN
            Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah S.W.T. untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
                       
2.         RASIONAL
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12 mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini untuk melancarkan program ”Ramadhan Dekat Di Hati” demi memastikan seluruh warga SK USJ 12 dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T.

3.         OBJEKTIF
3.1.      Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
3.2.      Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3.3       Menggalakkan pembudayaan membaca Al-Quran melalui program tadarus Al-Quran dan khatam Al-Quran.
3.4       Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan

4.       TEMA
       ” Ramadhan Bulan Berkat, Taqwa Kita Pertingkat ”

5.         KUMPULAN SASARAN
            5.1       Guru-guru Islam
5.2       Murid –murid Islam Tahun 1-6