Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai
umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal
di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan
digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki
dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at,
temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan
lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan
umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk
membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia
sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan
tersebut pada baki sebelas bulan lagi. Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada
bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan
Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami
bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia
berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari
pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa
fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh
kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran
bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam
hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan
(iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang
sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan
sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya
adalahmemulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung
(iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang
ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu
Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih
mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan
mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara
berturut-turut mahupun berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)