Monday 28 April 2014

KEM LITERASI AL-QURAN



1    KONSEP
Kem Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

   RASIONAL
Matlamat Kem Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

   OBJEKTIF
1)    Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran melalui  PdP.
2)    Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran Model Khatam al-Quran program j-QAF.
3)    Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-Quran.
4)    Memastikan semua murid program j-QAF dapat khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

4
           KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3.