Wednesday, 14 May 2014

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH



       PENDAHULUAN
Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam.Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Dengan kesedaran inilah Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan USJ 12 mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada murid-murid untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah Modal Insan yang cuba dibina oleh persatuan kami supaya menjadi agen pengembang , membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan aura kendiri yang positif.

      MATLAMAT
Kursus pengurusan jenazah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 tentang aspek menguruskan jenazah dari selepas kematian sehingga saat jenazah ditalqinkan.Sesuai dengan matlamat panitia,melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan dapat memberi contoh teladan serta memberi manfaat kepada masyarakat.


OBJEKTIF

            Objektif program ini diadakan ialah :
3.1       Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah
3.2          Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar
menjadi pelapis dan pembantu kepada pengurus jenazah yang sedia ada.
3.3          Dapat mengimarahkan musolla Ibnu Sina

      TARIKH, HARI, MASA :
   Tarikh           :           12 Mei 2014
   Hari              :           Sabtu
   Masa            :           7.40 pagi -12.00 tengahari
  Tempat          :           Musolla Ibnu Sina  SK USJ 12

 TEMA “Meneladani Rasulullah Dalam Memandikan, Mengkafani, Menshalati & Menguburkan Jenazah”