Haid
Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada
masa sedang sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan.
Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu
dari sembilan tahun ke atas. Warna darah haid itu merah tua, rasanya
hangat apabila ia keluar.
Tempohnya
Lama masa keluar darah haid itu sekurang-kurangnya
sehari semalam dan selanjut-lanjut masanya selama lima belas hari siang
dan malam, kebanyakannya iaitu masa yang biasa keluar selama enam atau
tujuh hari.
Suci diantaranya
Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu
haid itu lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga
perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah
putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga.
Nifas
Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.
Tempohnya
sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip
mata iaitu sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan
selanjut-lanjut masanya enam puluh hari.
Istihadhah
Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan
nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari
lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan
yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah
penyakit.
Hamil/Wiladah
Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan
biasanya sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga
tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan
itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya
memadai ia berbasuh.