Thursday, 20 March 2014

KURSUS IMAM DAN BILAL



Pendahuluan
             
Kursus imam dan bilal merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12. Kursus yang pertama kali diadakan ini melibatkan murid lelaki Islam Tahap II iaitu murid Tahun 4, 5, dan 6. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan imam dan bilal muda yang berwibawa yang mampu untuk memimpin solat berjemaah. Selain itu, kursus ini juga dapat memantapkan lagi bacaan murid dalam solat, wirid dan doa selepas solat. Kehadiran dan penyertaan murid-murid dalam kursus ini diharapkan dapat memberikan impak dalam diri mereka untuk menjadi muslim yang sejati. 


Objektif

Objektif program ini diadakan adalah untuk:
1.  Melahirkan imam dan bilal yang berwibawa sebagai pelapis yang akan mengimarahkan masjid dan surau.
2.    Memberi pengetahuan tentang peranan imam dan bilal dalam solat berjemaah.
3.    Melancarkan dan memantapkan bacaan-bacaan dalam solat, wirid, dan doa selepas solat.
4.    Mengimarahkan Musolla Ibnu Sina.


Tema / Tajuk              : “Imam dan Bilal Muda Pencetus Kegemilangan Islam”
 
Peserta / Sasaran      :   Murid-murid Islam Tahun 4, 5, dan 6.