Thursday, 1 August 2013

Majlis Berbuka Puasa

PENDAHULUAN
Sempena bulan Ramadhan 1434H, program penghayatan bulan Ramadhan diadakan untuk menerapkan kesedaran dan menyuburkan rasa kasih sayang dan mahabbah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan ke dunia dan juga mengingati hari –hari kebesaran Islam

OBJEKTIF
1.         Mengeratkan silaturahim antara guru dan kakitangan sekolah
2.         Membentuk peribadi dan akhlak murid mencontohi sifat mulia Rasulullah S.A.W.
3.         Menggalakkan orang islam  menghayati dan menyambut hari-hari kebesaran Islam.

TEMA
            “ MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH”

Program Berbuka Puasa merupakan salah satu aktiviti Ihya’ Ramadhan (Ramadhan Dekat Dihati) dijalankan pada setiap tahun sempena menyambut Bulan Al-Mubarak. Program ini diadakan pada 23 Ramadhan bersamaan 31 Julai 2013. Program dimulakan dengan acara tahlil dan berbuka puasa. Seterusnya solat maghrib berjemaah. Setelah itu, semua Jemaah disajikan dengan pelbagai juadah di kantin sekolah. Mudah-mudahan majlis ini dapat memupuk ukhuwah di kalangan warga SK USJ 12. Di harap majlis ini akan dapat dijalankan pada tahun seterusnya.