NAMA PROGRAM
Program Gemilang Jawi 1
KONSEP
Program Gemilang Jawi 1 merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah tertentu dalam menguasai kemahiran asas jawi (mengenal, membaca dan menulis). Perlaksanaan program ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka boleh belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

RASIONAL
Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka ketinggalan dalam menguasai kemahiran Jawi. Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan melalui program-program atau kelas-kelas pemulihan supaya masalah ini dapat diatasi. Matlamat Program Gemilang Jawi dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid yang lemah penguasaan kemahiran asas Jawi supaya dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

OBJEKTIF
1)
Membantu
murid-murid mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung.
2)
Membantu
murid-murid mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata
tertutup.
3)
Membantu
murid-murid membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
4)
Membantu
murid-murid mengenal dan menggunakan tanda baca.
5)
Membaca dan menulis pelbagai jenis teks
mudah daripada pelbagai bahan.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid yang lemah
penguasaan asas Jawi dari Tahun 1 sehingga Tahun 6
ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam & Unit j-QAF
7 TARIKH PELAKSANAAN
26 Mei 2014
8 HARI
Isnin
MASA
Waktu PdP Pendidikan Islam.
TEMPAT