Pendahuluan
Sesungguh bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa
dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat
Islam seharusnya menerima kehadhiran Ramadhan
dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan
kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang
telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu
diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh
keikhlasan.
Objektif
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
1.1 Meyedarkan tentang kepentingan
menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
1.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang
kelebihan ibadah puasa dan Amalan sunat lain.
1.3 Melatih murid
agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
1.4 Meningkatkan
ketakwaan kepada Allah.