photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Monday, 29 July 2013

Program Khatam Al-Quran

 Pendahuluan


Majlis Khatam al-Quran merupakan salah satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberi kesedaran tentang hari kebesaran Islam. Di samping itu dapat melahirkan insan mukmin dan mukminah yang sejati .

Objektif

Objektif program ini diadakan:

1.1      Memupuk sifat yang mulia di kalangan murid.
1.2      Melahirkan murid yang peka mengenai  hari kebesaran Islam.
1.3      Melahirkan murid yang beriman,bertaqwa dan beramal.
Tema/Tajuk
            
 “Ramadhan Bulan Berkat, Taqwa Kita Pertingkat”

 Peserta / Sasaran
            Murid  Islam SK USJ 12















Monday, 22 July 2013

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

















Thursday, 11 July 2013

Perasmian Ihya Ramadhan

Pendahuluan

            Sesungguh bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadhiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

Objektif

Objektif program ini diadakan adalah untuk :
      1.1       Meyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
      1.2       Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan Amalan sunat lain.
      1.3       Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
      1.4       Meningkatkan ketakwaan kepada Allah.