photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Monday, 18 February 2013

KELAS TASMIK



1.0 Kaedah Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.


1.1 Pelaksanaan kaedah Tasmik.
 - Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.
Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat.
- Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar.
- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

1.2 Kelebihan kaedah tasmik.
- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.
- Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
- Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar
- Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
- Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

1.3 Aplikasi kaedah Tasmik dalam pengajaran.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
 - Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring.
- Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan pelajar.
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara individu.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.

 Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
  – Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)
 - Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid

Monday, 11 February 2013

Minggu Panitia

Pendahuluan
        
       Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan Minggu Panitia bermula pada 4-8 Februari 2013. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut yang melibatkan semua murid Islam dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Objektif

Objektif diadakan Minggu Panitia adalah untuk :
1.1       Melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang Pendidikan Islam.
1.2       Menjadikan Pendidikan Islam sebagai wadah ilmu dengan mengamalkannya dalam kehidupan             seharian
1.3       Memupuk minat murid agar menyintai agama Islam. 
1.4       Membantu murid celik Jawi melalui aktiviti yang dianjurkan.

Tema / Tajuk              :           “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Pesarta / Sasaran      :           Semua guru dan murid Islam Sek. Keb. USJ 12


Tuesday, 5 February 2013

Kem Bestari Solat 1 (2013)

PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka modul Bestari Solat menjadi salah satu modul utama dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan USJ12 telah merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program-program  j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim bermula dari Tahun Satu hingga seterusnya Tahun Enam dapat mempelajari, memahami dan mengamalkan kaedah mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
Ø  Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.


ANJURAN
Program Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh Jawatankuasa jQAF dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SKUSJ 12.

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan USJ12, Subang Jaya, Selangor.

PENYERTAAN
Program KBS 2013 ini akan disertai oleh murid-murid Islam jQAF Tahun 1,2,3,4,5 & 6.

PENGLIBATAN
Semua guru-guru SKUSJ 12.

TEMA
“SOLAT CEMERLANG UMMAH TERBILANG”


TARIKH PELAKSANAAN KBS SESI 2013/1434H

TAHUN
KEM
TARIKH KEM BESTARI SOLAT
CATATAN
1-6
1
02/02/2013 -21 Rabiulawal 1434
Sabtu pertama
1-6
2
09/03/2013 -27 Rabiulakhir 1434
Sabtu kedua
1-6
3
18/05/2013 -8 Rejab 1434
Sabtu ketiga
1-6
4
14/09/2013 -8 Zulqaedah 1434
Sekolah Ganti

MASA

Jam 07:30 pagi – 12:00tgh.