1. PENDAHULUAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung
dari Allah S.W.T. untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih
ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat
tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya
adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan
al-Mubarak. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam
bulan Ramadhan ini khususnya sebagai penjana untuk memantapkan lagi program
pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
2. RASIONAL
Bulan
Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat
agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan
yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat
yang lain. Justeru, Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12 mengambil inisiatif
sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini untuk melancarkan program ”Ramadhan Dekat
Di Hati” demi memastikan seluruh warga SK USJ 12 dapat menghayati dan berjaya
merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T.
3. OBJEKTIF
3.1. Menyedarkan
tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
3.2. Menyebarkan
ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3.3 Menggalakkan
pembudayaan membaca Al-Quran melalui program tadarus Al-Quran dan khatam
Al-Quran.
3.4 Memanfaatkan
ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan
4. TEMA
” Ramadhan Bulan Berkat, Taqwa Kita
Pertingkat ”
5. KUMPULAN
SASARAN
5.1 Guru-guru
Islam
5.2 Murid
–murid Islam Tahun 1-6