photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Monday, 28 April 2014

KEM LITERASI AL-QURAN



1    KONSEP
Kem Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

   RASIONAL
Matlamat Kem Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

   OBJEKTIF
1)    Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran melalui  PdP.
2)    Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran Model Khatam al-Quran program j-QAF.
3)    Meningkatkan penguasaan bacaan murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-Quran.
4)    Memastikan semua murid program j-QAF dapat khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

4
           KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3. 


















Monday, 7 April 2014

KEM PENGUKUHAN PAFA



Pendahuluan
            Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program pemantapan dan pengukuhan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) bagi tahun 2014 bersamaan 1435H. Program ini merupakan salah satu daripada program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan USJ 12. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kesemua perkara yang berkaitan dengan Fardhu Ain di sekolah rendah. Selain itu, program ini juga mampu untuk menjadi wadah untuk menilai dan membantu meningkatkan penghayatan murid berkaitan dengan perkara-perkara asas Fardhu Ain.

Objektif
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
1.1       Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan Fardhu Ain.
1.2       Membimbing murid sehingga mereka faham dan dapat mengamalkan Fardhu Ain dengan betul dan sempurna.
1.3       Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran murid dalam menguasai Fardhu Ain.
     
Tema / Tajuk  :           “Fardhu Ain Benteng Pemantapan Diri”


Pesarta / Sasaran      :           Murid Islam Tahun 6  Sekolah Kebangsaan USJ 12