photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Monday, 27 January 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Pendahuluan
             
Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014M bersamaan 1435H. Program ini merupakan salah satu daripada program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran untuk mengasihi, menyintai, dan mencontohi sifat keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan seharian umat Islam.


Objektif

Objektif program ini diadakan adalah untuk : 
1.1 Menggalakkan murid mengetahui sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
1.2 Membentuk peribadi dan akhlak murid mencontohi sifat mulia Rasulullah S.A.W. 
1.3 Menggalakkan murid menghayati dan menyambut hari-hari kebesaran Islam.
1.4 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan

Tema / Tajuk              :           “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Pesarta / Sasaran      :           Semua guru dan murid Islam Sek. Keb. USJ 12




















































Saturday, 25 January 2014

MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM



Pendahuluan
            
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan Minggu Panitia bermula pada 20-24 Januari 2014. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut yang melibatkan semua murid Islam dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Objektif

Objektif diadakan Minggu Panitia adalah untuk :
1.1 Melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang Pendidikan Islam.
1.2 Menjadikan Pendidikan Islam sebagai wadah ilmu dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
1.3 Memupuk minat murid agar menyintai agama Islam.
1.4 Membantu murid celik Jawi melalui aktiviti yang dianjurkan.

Tema / Tajuk              :           “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Peserta / Sasaran      :           Semua guru dan murid Islam Sek. Keb. USJ 12