Pendahuluan
Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program Nisfu
Syaaban 2012M bersamaan 1433H. Program
ini merupakan salah satu daripada program anjuran bersama Panitia Pendidikan Agama Islam SK USJ 12.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid fadhilat-fadhilat
nisfu syaaban yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Selain itu dapat memberi
semangat dan dorongan kepada murid tahun 6 untuk persediaan menghadapi UPSR
2013. Program ini bermula bermula pada pukul 7.00 pagi untuk kehadiran murid.
Seterusnya murid membaca surah dari juzu’ 30 secara beramai-ramai. Kemudian
acara diteruskan dengan Solat Hajat dan bacaan yaasiin dibawah pimpinan
al-Fadhil Ustaz Ramli b. Muhammad. Acara diteruskan dengan sedikit motivasi
sebagai pembakar semangat kepada murid-murid.
Objektif
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
1. Melahirkan pelajar yang
boleh dapat melaksanakan ibadat puasa sunat.
2. Melahirkan pelajar yang
dapat membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat.
3. Menanam rasa cinta
kepada ayat-ayat suci al-Quran.
4. Memupuk rasa kehambaan
diri kepada Allah melalui program kerohanian dan suntikan semangat motivasi
untuk menjadi mukmin sejati.
Tema / Tajuk : ”NISFU
SYABAAN TUNGGAK KEZUHUDHAN DIRI"
Pesarta / Sasaran : Murid Islam Tahun 6
Sek. Keb. USJ 12