photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Saturday, 26 July 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

1.         PENDAHULUAN
            Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah S.W.T. untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
                       
2.         RASIONAL
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12 mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini untuk melancarkan program ”Ramadhan Dekat Di Hati” demi memastikan seluruh warga SK USJ 12 dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T.

3.         OBJEKTIF
3.1.      Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
3.2.      Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3.3       Menggalakkan pembudayaan membaca Al-Quran melalui program tadarus Al-Quran dan khatam Al-Quran.
3.4       Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan

4.       TEMA
       ” Ramadhan Bulan Berkat, Taqwa Kita Pertingkat ”

5.         KUMPULAN SASARAN
            5.1       Guru-guru Islam
5.2       Murid –murid Islam Tahun 1-6
































Monday, 21 July 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & CERAMAH NUZUL AL-QURAN



1.         PENDAHULUAN

Majlis Khatam Al-Qur’an merupakan salah satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberi kesedaran tentang hari kebesaran Islam. Di samping itu dapat melahirkan insan mukmin dan mukminah yang sejati . Seterusnya program ini juga bertujuan untuk mendidik semua umat islam bermula dari peringkat rendah atau kanak-kanak supaya sentiasa mencintai Al-Qur’an dengan cara membaca, memahami ayat dan tafsir serta melaksanakan segala tuntutan yang terkandung di dalamnya.

2.        Objektif
Objektif program ini diadakan:
2.1    Memupuk sifat yang mulia di kalangan murid.
2.2    Melahirkan murid yang peka mengenai  hari kebesaran Islam.
2.3    Melahirkan murid yang beriman,bertaqwa dan beramal.

3.        TEMA / TAJUK :
    “ AL-QUR’AN TONGGAK WASSATIYYAH UMMAH ”

4.          PERLAKSANAAN :
4.1       Tarikh              :          18 Julai 2014
      4.2       Masa               :          8.00 - 11.00  pagi
      4.3       Tempat            :          Dewan Gemilang, SK USJ 12

5.           PESERTA / SASARAN :
                        5.1       Murid  Islam SK USJ 12
                        5.2       Guru-guru SK USJ 12