photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

 photo LadapfrogVLE_zps6951d976.jpg

FROG VLE SK USJ 12

Guru-guru Panitia Agama Islam menjalani In-House Training FROG VLE

 photo 3_zps8ef6122d.jpg

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang dikelolakan oleh Panitia Agama Islam.

 photo k1542_zps7eb7bd01.jpg

Sesi Pembelajaran dan Pengajaran

Ustazah Madihah dan Ustaz Kamarullail sedang menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran Agama Islam Tahun 1 dalam Musolla Ibnu Sina.

 photo isra-mikraj_zpsb941e6f0.png

Israk dan Mikraj

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1)

 photo Picture1_zpsb920be11.jpg

PUSAT SUMBER SK USJ 12

Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan.

Saturday, 25 January 2014

MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM



Pendahuluan
            
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan Minggu Panitia bermula pada 20-24 Januari 2014. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut yang melibatkan semua murid Islam dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Objektif

Objektif diadakan Minggu Panitia adalah untuk :
1.1 Melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang Pendidikan Islam.
1.2 Menjadikan Pendidikan Islam sebagai wadah ilmu dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
1.3 Memupuk minat murid agar menyintai agama Islam.
1.4 Membantu murid celik Jawi melalui aktiviti yang dianjurkan.

Tema / Tajuk              :           “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Peserta / Sasaran      :           Semua guru dan murid Islam Sek. Keb. USJ 12




























Thursday, 1 August 2013

Majlis Berbuka Puasa

PENDAHULUAN
Sempena bulan Ramadhan 1434H, program penghayatan bulan Ramadhan diadakan untuk menerapkan kesedaran dan menyuburkan rasa kasih sayang dan mahabbah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan ke dunia dan juga mengingati hari –hari kebesaran Islam

OBJEKTIF
1.         Mengeratkan silaturahim antara guru dan kakitangan sekolah
2.         Membentuk peribadi dan akhlak murid mencontohi sifat mulia Rasulullah S.A.W.
3.         Menggalakkan orang islam  menghayati dan menyambut hari-hari kebesaran Islam.

TEMA
            “ MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH”

Program Berbuka Puasa merupakan salah satu aktiviti Ihya’ Ramadhan (Ramadhan Dekat Dihati) dijalankan pada setiap tahun sempena menyambut Bulan Al-Mubarak. Program ini diadakan pada 23 Ramadhan bersamaan 31 Julai 2013. Program dimulakan dengan acara tahlil dan berbuka puasa. Seterusnya solat maghrib berjemaah. Setelah itu, semua Jemaah disajikan dengan pelbagai juadah di kantin sekolah. Mudah-mudahan majlis ini dapat memupuk ukhuwah di kalangan warga SK USJ 12. Di harap majlis ini akan dapat dijalankan pada tahun seterusnya.










Monday, 29 July 2013

Program Khatam Al-Quran

 Pendahuluan


Majlis Khatam al-Quran merupakan salah satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberi kesedaran tentang hari kebesaran Islam. Di samping itu dapat melahirkan insan mukmin dan mukminah yang sejati .

Objektif

Objektif program ini diadakan:

1.1      Memupuk sifat yang mulia di kalangan murid.
1.2      Melahirkan murid yang peka mengenai  hari kebesaran Islam.
1.3      Melahirkan murid yang beriman,bertaqwa dan beramal.
Tema/Tajuk
            
 “Ramadhan Bulan Berkat, Taqwa Kita Pertingkat”

 Peserta / Sasaran
            Murid  Islam SK USJ 12















Monday, 22 July 2013

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

















Thursday, 11 July 2013

Perasmian Ihya Ramadhan

Pendahuluan

            Sesungguh bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadhiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

Objektif

Objektif program ini diadakan adalah untuk :
      1.1       Meyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
      1.2       Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan Amalan sunat lain.
      1.3       Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
      1.4       Meningkatkan ketakwaan kepada Allah.









Monday, 24 June 2013

Program Nisfu Syabaan

Pendahuluan

            Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program Nisfu Syaaban  2012M bersamaan 1433H. Program ini merupakan salah satu daripada program anjuran bersama  Panitia Pendidikan Agama Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid fadhilat-fadhilat nisfu syaaban yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Selain itu dapat memberi semangat dan dorongan kepada murid tahun 6 untuk persediaan menghadapi UPSR 2013. Program ini bermula bermula pada pukul 7.00 pagi untuk kehadiran murid. Seterusnya murid membaca surah dari juzu’ 30 secara beramai-ramai. Kemudian acara diteruskan dengan Solat Hajat dan bacaan yaasiin dibawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Ramli b. Muhammad. Acara diteruskan dengan sedikit motivasi sebagai pembakar semangat kepada murid-murid.

Objektif
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
1.    Melahirkan pelajar yang boleh dapat melaksanakan ibadat puasa sunat.
2.    Melahirkan pelajar yang dapat membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat.
3.    Menanam rasa cinta kepada ayat-ayat suci al-Quran.
4.    Memupuk rasa kehambaan diri kepada Allah melalui program kerohanian dan suntikan semangat motivasi untuk menjadi mukmin sejati.


Tema / Tajuk  :           ”NISFU SYABAAN TUNGGAK KEZUHUDHAN DIRI"


Pesarta / Sasaran      :           Murid Islam Tahun 6  Sek. Keb. USJ 12