photo 2_zpsf3f21ab2.jpg

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN USJ 12/1
47630 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR

Thursday, 1 August 2013

Majlis Berbuka Puasa

PENDAHULUAN Sempena bulan Ramadhan 1434H, program penghayatan bulan Ramadhan diadakan untuk menerapkan kesedaran dan menyuburkan rasa kasih sayang dan mahabbah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan ke dunia dan juga mengingati hari –hari kebesaran Islam OBJEKTIF 1.         Mengeratkan silaturahim antara guru dan kakitangan sekolah 2.        ...

Monday, 29 July 2013

Program Khatam Al-Quran

 Pendahuluan Majlis Khatam al-Quran merupakan salah satu program anjuran Panitia Pendidikan Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memberi kesedaran tentang hari kebesaran Islam. Di samping itu dapat melahirkan insan mukmin dan mukminah yang sejati . Objektif Objektif program ini diadakan: 1.1      Memupuk sifat yang mulia di kalangan murid. 1.2      Melahirkan...

Monday, 22 July 2013

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

...

Thursday, 11 July 2013

Perasmian Ihya Ramadhan

Pendahuluan             Sesungguh bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadhiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai...

Monday, 24 June 2013

Program Nisfu Syabaan

Pendahuluan             Sekolah Kebangsaan USJ 12 telah mengadakan program Nisfu Syaaban  2012M bersamaan 1433H. Program ini merupakan salah satu daripada program anjuran bersama  Panitia Pendidikan Agama Islam SK USJ 12. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid fadhilat-fadhilat nisfu syaaban yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Selain itu dapat memberi semangat...

Wednesday, 29 May 2013

Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,...

Tuesday, 28 May 2013

ILMU ISLAM - PUASA

Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) Pengertian Puasa Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam...

TOKOH ISLAM - IBN KHALDUN

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa,...

TOKOH ISLAM - IBN SINA

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains,...

TOKOH ISLAM - AL-RAZI

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme. Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan...

TOKOH ISLAM - AL-BIRUNI

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan...